WP Themes Preview

WordPress ni jadi tambah lagi mudah sebab template dah siap. Dah ready, cuma kita hanya perlu install dan mungkin edit sikit sahaja.
Gambar yang anda tengok atas adalah rupanya bila saya tekan bahagian ‘apperance’ di sebelah kiri untuk pilih template website yang kita nak. Ada tersangat banyak ni, 13 ribu lebih, dan semuanya percuma.
Apa jenis website nak buat pun boleh sebenarnya.
Belum kira yang premium lagi, lagi banyak pilihan, dan semua cantik cantik. Daripada website kedai kucing, agent kereta, personal blog biasa, contruction company, hotel, homestay semuanya ada.
Dibawah ni saya dah highlightkan antara niche design yang menarik untuk anda tengok. Suka saya ingatkan, ini adalah premium theme, bermaksud berbayar. tapi kita bayar yang dah siap punya. So tak semahal kita upah programmer yang akan design dari awal/scratch.
Rata rata, harga akan jadi dalam RM 200.











Nak guna percuma dahulu untuk belajar pun boleh, cuma bagi saya, lebih baik cari yang premium theme sebab banyak pages yang sudah ready dan design cantik.
Tapi jangan pilih semata mata cantik di mata sendiri sahaja ya, ada faktor faktor yang kita kena faham dulu, saya ada kongsikan berkenaan pemilihan themes di Modul 5.